Selasa, 11 Ogos 2009

NOTA SUPERVISORY IN COMMERCIAL KITCHEN 2

sambungan :

HURAIAN : KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI DI DALAM PENYELIAAN:

Planning (Kemahiran Merancang)

Seorang penyelia yang baik seharusnya mempunyai kemahiran merancang kerja dengan baik. Sesuatu tugasan yang akan diberikan kepada pekerja mestilah disertakan dengan langkah-langkah ataupun kaedah-kaedah pelaksanaanya. Jangkaan dapatan atas sesuatu tugasan serta permasalahan yang akan timbul berada dalam jangkaannya.

Organizing (Kemahiran Mengurus)

Kemahiran mengurus sumber, perjalanan operasi, pekerja, peralatan dan produk mestilah dikuasai dengan baik di dalam memaksimakan keuntungan. Penyelia seharusnya peka terhadap perubahan dan masalah yang timbul serta dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat.

Staffing (Kemahiran Pengurusan Pekerja)

Pengurusan staf adalah satu bentuk kemahiran yang perlu ada pada seseorang penyelia. Kemahiran mendengar dan pembimbing rakan kerja perlu dikuasai dalam menangani isu-isu dan masalah perihal personal pekerja. Penyelia dapat memotivasi pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja.

Directing (Kemahiran Mengarah)

Penyelia seharusnya mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk mengarah pekerja di dalam mencapai objektif perniagaan. Kemahiran memberi arahan perlulah disertai dengan pendekatan softskill yang tinggi agar pekerja dapat menerima arahan dengan baik dan kondusif.

Controlling (Kemahiran Mengawal)

Aspek kawalan perlu diberi penekanan agar perjalanan operasi perniagaan tidak terpesong dari objektifnya. Kemahiran mengawal pekerja, operasi serta suasana pekerjaan perlu diberikan penekanan untuk mengelakkan daripada terjadinya konflik dan kemudharatan ditempat kerja.


Fungsi Penyeliaan

Seseorang penyelia mestilah tahu:

1. Berkomunikasi – Bijak berkomunikasi dan berpengetahuan luas terhadap bidang pekerjaannya.

2. Memotivasi – Pendengar yang baik, mengenalpasti masalah dan memberi pendapat serta memberi motivasi kepada pekerja

3. Membuat keputusan – Bijak menjangka dan mengenalpasti masalah yang timbul serta membuat keputusan yang tepat dahn berasas.

4. Mengurus – Mengawal selia pekerja dibawahnya dengan baik

5. Mengkoordinasi / memandu arah – Membimbing pekerjanya di dalam mencapai matlamat organisasi

6. Pengantara – Menjadi orang tengah atau suara bagi kedua belah pihak (majikan dan pekerja)

7. Memberi Inspirasi – Sentiasa memberi galakan dan pandangan yang bernas kepada pekerja di dalam peningkatan mutu kerja.

8. Pemula / pembuka tugasan – Sentiasa menjadi orang yang pertama di dalam melaksanakan sesuatu tugasan serta sebagai contoh kaedah yang betul untuk diikuti.


Harapan kepada Pekerja kepada Penyelia :

1. Pertimbangan yang sewajarnya – Pekerja mengharapkan sesuatu permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan bijaksana.

2. Kepercayaan yang tinggi – Pekerja mengharapkan penyelia dapat memberi mereka kepercayaa yang tanpa berbelah bagi di dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik.

3. Penghormatan – Pekerja sepatutnya diberikan penghormatan yang sewajarnya sekiranya dapat melakukan tugasan dengan baik dan dilayan sama rata dengan tanpa prejudis.

4. Tetap Pendirian – Pekerja mengharapkan penyelia mempunyai sifat tegas dan tanpa berdolak-dalik terhadap sesuatu kekusutan masalah yang timbul dan mengelak berprasangka buruk serta pilih kasih.

Harapan Penyelia kepada pekerja :

1. Ketaatan – Penyelia mengharapkan ketaatan dan kepatuhan pekerja di dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Setiap arahan yang diberikan diikuti dengan tanpa mengengkari perintah.

2. Kerjasama – Penyelia mengharapkan kerjasama pekerja di dalam menjalankan tugas. Kerjasama berpasukan dan semangat peningkatan berkumpulan adalah kunci kejayaan sesuatu kumpulan kerja.

3. Penghormatan – Penyelia mengharapkan pekerja dapat menghormati tugas dan arahan yang diberikan olehnya. Menghormati ketua adalah suatu perkara yang penting di dalam gelagat organisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan